Arissa Azman
Dahulukan yang utama, tangani Covid-19
27 Jun 2021

Dua kenyataan penting telah dikeluarkan semalam, satu daripada Peguam Negara dan satu lagi daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Kenyataan-kenyataan tersebut memberi penjelasan yang tuntas mengenai pelaksanaan konsep Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen dalam negara kita.
Penjelasan yang dibuat melalui kedua-dua kenyataan ini sepatutnya meredakan suhu yang sengaja dipanaskan oleh mereka yang berkepentingan.
Ketua Penerangan BERSATU Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan sering sebutkan bahawa tumpuan kerajaan pada masa ini mestilah untuk menangani cabaran wabak Covid-19 dengan cara yang terbaik supaya kita #menangbersama.
Kedua-dua kenyataan ini menunjukkan betapa kerajaan sentiasa memastikan semua peraturan dan perundangan dipatuhi, selaras dengan tekad kita untuk menjulang kedaulatan undang-undang (rule of law).
Malaysia pernah rosak kerana tidak menghormati rule of law dan menurut kehendak beberapa orang ahli politik yang tamakkan kuasa dan harta.
"Kita tidak perlukan politik keterluan pada masa ini kerana ia hanya akan memesongkan fokus kita daripada keutamaan yang sepatutnya,
"Saya harap dengan penjelasn yang sebegitu jelas, kita boleh kembalikan fokus kita kepada keutamaan sebenar iaitu menangani Covid-19 dan menjayakan Pelan Pemulihan Negara,
"Tinggalkan saja mereka yang mahu mempolitikkan segala-galanya dan kekalkan fokus kita kepada rakyat," ujar beliau.
--PN Online