• Arissa Azman

Dakwa tak selamat di Malaysia, netizen dedah sebenarnya Sajat lari daripada hutang

21 September 2021

Selepas lama menghilangkan diri, semalam pihak polis memberitahu yang kini mereka dalam sesi rundingan dengan kerajaan Thailand untuk membawa Sajat pulang selepas usahawan ini ditahan oleh pihak imigresen Thailand.


Sekarang ini Sajat telah pun mendapat kad perlindungan Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dan dalam proses meminta kebenaran untuk pindah ke Australia.


Macam yang korang semua tahu, Sajat dikatakan lari bersembunyi kerana dia menghadapi pertuduhan menghina Islam dengan berpakaian seperti wanita.


Namun ada beberapa netizen mendedahkan sebab sebenar Sajat melarikan diri bukanlah seperti yang diuar-uarkan namun kerana dia cuba lari daripada hutang. Betul ke ni?


“Keluar dari Islam tu semua taktik”


Kalau korang masih ingat, sebelum ini bekas stokis Sajat telah meminta ganti rugi darinya selepas memberi wang sebanyak RM100,000 untuk bengkung namun tak pernah menerima bekalan bengkung yang dijanjikan.


Ekoran ini Sajat telah membuat laporan polis dan menyaman balas bekas stokisnya itu namun mahkamah mengarahkan usahawan ini untuk membayar ganti rugi bersama kos kehakiman sebanyak RM200,000.


Kerana gagal membayar ganti rugi tersebut, pada April lalu notis kebankrapan telah pun difailkan ke atasnya dan pada 30 Julai lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membenarkan notis kebankrapan diserahkan secara penyampaian ganti melalui notis iklan dan penyampaian.


Sajat dikatakan menghilangkan diri kerana enggan membayar hutang ganti rugi tersebut dan pada masa yang sama JAKIM juga memburunya.

"Pergi Mekah, masuk tempat wanita dan keluar dari Islam tu semua taktik lepas dia kalah kes mahkamah. Dia provok rakyat Malaysia pada waktu yang tepat dan jadikan dirinya mangsa untuk lari dari hutang. Tapi sebenarnya dia scammer.”

Bukan itu sahaja, Sajat kini dikehendaki bersabit Seksyen 9 repot 345/2021, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dan menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya.