• newsatmy

Dakwaan darurat beri kesan buruk kepada ekonomi tidak benar - penganalisis


KUALA LUMPUR: Pelaksanaan darurat yang dilaksanakan sejak Januari yang lalu tidak meninggalkan kesan signifikan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.


Ketua Ekonomi Pusat Penyelidikan Pasaran Buruh Mada Hadapan PERKESO, Prof Madya Mohd Yusof Saari menyatakan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan faktor utama kemerosotan ekonomi negara.


"Apa yang menganggu ekonomi kita sekarang ini ialah PKP. Dia seolah-olah wujud trade off antara PKP dengan kesihatan ekonomi itu.


"Apabila kita mengetatkan langkah pergerakan dengan mengetatkan juga operasi perniagaan dan kita lihat impak kesihatan ekonomi itu semakin teruk.


"Tetapi apabila kita longgarkan sedikit dengan membenarkan banyak sektor untuk beroperasi, memudahkan pergerakan, kita lihat kesan kepada ekonomi bertambah baik. Ia tidak ada kena mengena dengan darurat," katanya kepada Astro AWANI.


Jelasnya, ketidaktentuarahan pelaburan negara hanya tercetus ketika darurat mula-mula dilaksanakan.


Menurutnya, setelah meninjau progres darurat, pelabur yakin ia tidak menganggu ekonomi.

"Tetapi kita perlu ingat bahawa pelaburan di Malaysia ini, trend merundum ini bukan bermula selepas darurat dilaksanakan, tetapi trend sudah bermula beberapa tahun sebelum 2020.


"Di sini bukan hanya faktor sentimen yang memainkan peranan, tetapi perkara yang lebih besar lagi iaitu dasar-dasar yang lebih stabil, dasar ini diambil kira kerana banyak negara yang laksanakan darurat.


"Darurat yang dilaksanakan ini berbeza dengan darurat sebelum ini kerana ia lebih kepada mengekang COVID-19," katanya lagi.


Sesetengah pihak mempertikaikan kewajaran darurat dan mendakwa ia merudumkan ekonomi negara. -PN Online