• newsatmy

Darth Vader, David Prowse meninggal dunia pada usia 85 tahun

Updated: Nov 30, 2020



LONDON: Pelakon kelahiran Bristol, England, David Prowse yang terkenal dengan watak Darth Vader dalam trilogi pertama Star Wars meninggal dunia pada usia 85 tahun.

Berita kematiannya itu disahkan oleh ejen syarikat pengurusannya, Thomas Bowington pada Ahad.


Bowington menyifatkan kematian pelakon itu sebagai sesuatu yang amat menyentuh hati jutaan peminatnya di seluruh dunia.

"May the force be with him, always!" kata Bowington.


Dalam pada itu, pelakon Mark Hamil yang memainkan watak Luke Skywalker dalam siri filem Star Wars berkata beliau amat sedih mendengar berita itu.


Terdahulu, portal CNN melaporkan Prowse dirawat kerana barah prostat pada pada 2018.

Prowse adalah pelakon yang memakai kostum Darth Vader, manakala suara Darth Vader menggunakan suara James Earl Jones.


Selain Star Wars, Prowse pernah memainkan watak sebagai 'Green Cross Code Man' dalam siri kempen multimedia menggalakkan keselamatan jalan raya di United Kingdom pada tahun 1970-an.


Peranan dimainkannya itu membolehkan beliau dianugerahkan darjah kebesaran Anggota Empayar Britain (MBE).