• newsatmy

Demonstrasi bantah penganjuran Olimpik di Tokyo

18 Mei 2021

TOKYO: Kurang 70 hari lagi sebelum bermulanya temasya Olimpik di Tokyo, beberapa rakyat negara matahari terbit itu melakukan protes bagi membantah penganjuran acara tersebut.

Bantahan dibuat kira-kira 30 peserta yang memegang sepanduk di kawasan stesen utama kereta api di Tokyo.


Ia selepas Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas Bach, membatalkan lawatannya ke Jepun pada 10 Mei lalu kerana bimbang akan peningkatan kes COVID-19.


Bagi penunjuk perasaan, ketidakhadiran Bach ke Tokyo menggambarkan situasi teruk di Jepun yang dilanda pandemik dan itu menjadi kegusaran mereka jika kejohanan itu tetap diteruskan.


Menurut satu tinjauan, lebih 80 peratus daripada 1,527 responden bersetuju agar Olimpik 2020 di Tokyo dibatal atau ditunda sekali lagi.


Jepun kini mengesahkan 683,175 kes positif dengan 11,508 kematian akibat COVID-19 setakat Sabtu.


-Astro Awani