Arissa Azman
Desak SUN Bersatu Johor letak jawatan.
23 NOVEMBER 2021

Timbalan Ketua Bahagian Kluang, Encik Johani Rajikan hari ini berkata beliau mendesak Dr. Sahrudin Jamal meletakkan jawatan beliau sebagai Setiausaha Bersatu Negeri (SUN) Johor.
Johani mendesak demikian kerana Shaharudin dilihat gagal dalam menguruskan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Parlimen Jasin pada 20 November lalu.
Bersatu Johor dipertanggungjawabkan membantu jentera parti Melaka dilima DUN di Bahagian Jasin.
"Salah satu kegagalan yang dapat kita lihat dengan jelas adalah kelemahan mengurus serta melantik orang yang kurang pengalaman dan tidak berkelayakan untuk mengurus PRN Melaka di bahagian Jasin,
"Antara masalah yang kita hadapi ialah ahli PACA. Walaupun kursus telah dilaksanakan tetapi apabila hari pengundian, ramai yang tidak digunakan, sebagai contoh difahamkan PACA Pontian hampir dibatalkan perkhidmatannya disaat akhir , sedangkan mereka sudah menjalani kursus dan hadir di Jasin sebelum PRN, dan ada yang diarahkan bertugas secara mengejut tetapi tidak dimaklumkan terlebih dahulu sehingga menganggu tugasan PACA.
"Dimaklumkan ada petugas PACA yang ditugaskan dalam tempoh masa yang lama dan diganti pada saat akhir,"
"Ini adalah sebahagian masalah yang kecil dan ada lebih lagi masalah yang lain, malah ada PACA yang sudah diberikan elaun terlebih dahulu tetapi tidak hadir,"
"Tidak ada mesyuarat dan maklumat yang jelas di kalangan Ketua-Ketua Bahagian BERSATU Johor oleh SUN untuk membuat aktiviti atau tugasan sokongan pada calon di kawasan masing-masing, dan akhirnya jentera parti yang hadir yang sepatutnya membantu kawasan yang diarahkan, tetapi kerana tidak mendapat maklumat yang jelas, mereka itu terpaksa menjadi pelancong politik.
"Malah ada yang tidak turun pun ke PDM untuk membantu dan difahamkan Bersatu Negeri Johor ada unit pilihanraya ,tetapi apa yang berlaku? seperti tiada kesefahaman antara BPN Negeri dan Unit Pilihanraya Negeri,Malah seperti ada krisis dikalangan mereka,Apa masalah mereka ini? dan jika tidak diatasi segera masalah ini mungkin PN akan tewas di PRU 15 sepertimana kita dimalukan di PRN melaka" katanya.
Beliau turut berkata, pengurusan diuruskan oleh mereka yang kurang berpengalaman dalam menghadapi Pilihan Raya, dan beliau hanya melantik Setiausaha Kerja Bersatu Negeri dan dibantu oleh Ketua Bahagian Labis dan juga Ketua Bahagian Sekijang.
"Di negeri Johor ada 26 bahagian yang boleh dan berpengalaman menguruskan PRN Melaka. Ada sebahagian mereka juga pernah menjadi calon pada PRU14 dan melibatkan diri menjadi Jentera parti dalam PRN Sabah, namun pada ketika itu, difahamkan tidak ada apa-apa mensyuarat pun bersama Ketua-ketua Bahagian negeri Johor,ketua sayap iaitu Ketua Srikandi dan Ketua Armada negeri bagi membentuk Jawatankuasa sementara PRN Melaka bagi memastikan kelancaran jentera parti dari Johor untuk membantu di PRN Melaka.
"Makan minum pun tidak dibekalkan dengan teratur dan tidak berkualiti, penginapan juga tidak berkualiti, macam mana orang-orang mereka buat kerja ni?" tambah beliau lagi.
Difahamkan Johor telah membuat pelaburan yang agak tinggi, tetapi tidak menghasilkan apa-apa kejayaan.Sebagai rekod Perikatan Nasional memenangi DUN Bemban namun kemenangan di Bemban yang diwakili oleh Dr. Mohd Yadzil Yaakub, bukanlah satu ukuran usaha dari Bersatu Negeri Johor tetapi itu adalah sentuhan peribadi calon yang memang disenangi oleh masyarakat Bemban.
Beliau juga berharap Badan Kepimpinan Bersatu Negeri Johor perlu dirombak bagi membantu Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Bersatu Negeri Johor bagi menghadapi PRU 15 dijangka berlaku tidak lama lagi."Apa yang saya nyatakan ini adalah demi masa depan parti dan negara,diharap dengan rombakan ini akan memberi nafas baharu kepada Bersatu Johor" tambah beliau.