top of page
  • newsatmy

Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang tolak normalisasi judi

25 April 2021

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Negeri (DMPN) Pulau Pinang menolak sebarang usaha normalisasi kegiatan judi dalam kalangan masyarakat di negara ini, khususnya membabitkan umat Islam.


Ketuanya, Hasanah Idrus, dalam kenyataan hari ini, menegaskan semua pihak perlu mengambil serius berhubung isu berkenaan supaya ia tidak berulang.


Katanya, ia bagi mengeratkan perpaduan dan persefahaman dalam kalangan masyarakat majmuk agar keharmonian negara terus dipelihara.


"Kita amat terkilan dengan iklan Hari Raya mempromosikan aktiviti perjudian yang tular, baru-baru ini. Ia secara jelas menghina Islam dan kemuliaan Ramadhan dengan berlatarkan situasi masyarakat Melayu Islam.


"Judi adalah haram di sisi Islam dan institusi perundangan shariah negara, seterusnya mengundang bahaya pelbagai penyakit sosial tidak berkesudahan kerana matlamat tidak menghalalkan cara," katanya.


Isnin lalu, tiga individu lagi ditahan polis di sekitar ibu negara kerana disyaki terbabit dalam pembikinan dua lagi video mempromosi kegiatan judi dalam talian.


Ia menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak empat video setakat ini dikesan mempromosikan kegiatan itu bertemakan Aidilfitri di media sosial.


BH sebelum ini melaporkan, lima individu termasuk suspek utama terbabit dalam pembikinan video iklan perjudian Hari Raya diberkas, baru-baru ini.


Semua mereka ditahan selepas disyaki terbabit dalam dua video mempromosi aktiviti judi dalam talian yang dikesan tular di laman sosial sejak minggu lalu.


Dua video mempromosi aktiviti judi atas talian itu menggunakan website IBO003 dan Bet333, memaparkan beberapa individu berada dalam kesempitan wang secara tiba-tiba menjadi kaya selepas membuka laman web perjudian terbabit, sebelum dapat berhari raya di kampung halaman.


-Astro Awani

bottom of page