- cik skod
Dimaki Azwan Ali Selepas Lambat Terima Tempahan Sejadah
Istagram
3 Ogos

Azza Elite yang merupakan penyanyi dan pelakon telah meninggalkan sementara urusan perniagaannya untuk menguruskan urusan keluarganya disebabkan bapanya telah meninggal dunia.
Perkongsian di Instagramnya, Azza meluahkan rasa kecewa terhadap sikap Azwan Ali di ruangan komen. Difahamkan, Azwan Ali berasa berang kerana masih belum mendapat sejadah yang dibelinya.
Beliau berharap, Azwan Ali untuk memahami setuasinya kiniyang baru sahaja kehilangan insan tersayang. Malah, Azza memuji niat baik Azwan Ali untuk membeli sejadah tetapi percakapan dan penulisan Azwan perlu diperbaiki.
“Tak pernah cari pasal dengan sesiapa. Balik Sg i sibuk urus mak i. Dengan bapa i sakit. Tak boleh nak fikir orang nak beli sejadah ke ape ke. I fikir ayah dan mak i je. Keadaan parent i.
“Dalam dunia ni biar kita dahulukan mak ayah kita ya abang. Sampai hati dia tulis mcm ni! Bapa i meninggal semalam faham tak. Jangan sesuka hati maki.” kata Azza
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti memberikan kata-kata semangat untuk Azza serta meminta agar tidak melayan komen-komen seperti itu.