• newsatmy

'Dinosaur purba politik' perlu diganti dan inilah masanya- Penganalisis




Cari orang yang boleh menggantikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dan ahli parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar disifatkan antara ikon baharu yang layak.


Calon yang lebih muda itu mampu memberi pembaharuan dalam Pakatan Harapan (PH), ulas Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik, Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub.


Beliau secara peribadi sangat bersetuju dengan cadangan Ketua Whip Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Rozman Isli yang mencadangkan tempat Anwar digantikan dengan mereka yang lebih muda dan layak.


"Sebenarnya muncul ikon baharu yang boleh diangkat, meskipun tidak popular, namun ada ikon dalam parlimen pembangkang seperti Dr Maszlee Malik boleh diangkat sebagai Ketua Pembangkang. Ini akan beri kesedaran dalam politik negara iaitu bagaimana untuk melihat sentimen politik akan datang.


"Dalam PKR sendiri, kita ada Nurul Izzah yang boleh diangkat sebagai Ketua Pembangkang dan ini menggambarkan bahawa kita sedang menuju politik baharu dan tinggalkan legasi terbaik yang pernah kita ada.


"Saya lihat di Parlimen itu sendiri hanya ada 10 peratus ahli Parlimen berumur bawah 45 tahun ke bawah. Ini bermaksud ahli Parlimen kita sudah veteran, atau "dinosaur purba politik" ini, dari PH atau kerajaan pertimbangkan agar tidak perlu lagi (memegang kerusi) selepas PRU15. Beri ruang kepada orang muda bertanding di PRU sebab nak kurangkan dinosaur politik.


"Kalau perubahan drastik dibuat, maka akan ada kebaikan juga untuk PH supaya mereka berperanan sebagai semak dan imbang kepada pentadbiran negara dan memajukan negara kepada perspektif idea dan datang dengan pendapat yang bernas serta tidak hanya mengeluarkan kenyataan yang kita dengar di Parlimen di baru-baru ini.

"Pelbagai perkataan yang tidak mencerminkan politik yang matang dan perlu satu tenaga baharu, muda dan boleh menggerakkan PH dan PN," kata beliau lagi.



#tiba masa #dinosaur #purba #politik #diganti #penganalisis #dinosaur purba politik