top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

DIO mampu beri nilai unik pelaburan digital akan datang

24 Jun 2021

Pejabat Pelaburan Digital (DIO) merupakan platform kerjasama dan sepenuhnya digital antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).


Penubuhannya adalah sejajar dengan Rangka Tindakan MyDIGITAL dan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) yang berpandukan teras Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.


Ia bagi mempermudahkan usaha pelaburan berkaitan selain memperkukuh penyelarasan semua agensi galakan pelaburan bagi menarik pelaburan baharu ke Malaysia.


Penubuhan DIO telah disahkan oleh Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (MED4IR) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada April lalu.


Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berpendapat bahawa penubuhan DIO ini bertepatan pada masanya kerana ianya dapat menyuntik nilai unik bagi pelaburan digital akan datang.


Umum mengetahui, negara kini masih lagi berdepan dengan pandemik COVID-19, yang mana mengganggu ekosistem ekonomi negara khususnya kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).


Jadi, dengan adanya DIO ini akan berupaya memastikan Malaysia kekal berdaya saing dalam usaha pemulihan bagi tempoh pasca COVID-19.



--PN Online

bottom of page