Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Sehingga 15% Bermula 1 November 2021
1 November 2021
KUALA LUMPUR: Beberapa bantuan akan diberikan pada bulan November ini sama ada daripada pihak kerajaan pusat, kerajaan negeri atau lain-lain agensi. Pastinya bantuan ini akan dapat mengurangkan sedikit beban rakyat dalam usaha memulihkan kembali ekonomi keluarga masing-masing.
Perkara-perkara penting seperti pembayaran, tarikh tutup permohonan, tarikh pendaftaran bantuan dan sebagainya amat diharapkan agar berjalan dengan lancar dengan berbaki 2 bulan sebelum memasuki tahun baru 2022. dengan pengumuman pembentangan Bajet 2022,
Antaranya kerajaan telah bersetuju untuk memberi Insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam PTPTN.
Diskaun yang diberikan adalah merangkumi :
Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
Diskaun 12% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran
Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual
PTPTN sentiasa prihatin kepada peminjam dan semoga diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN ini dapat mengurangkan bebanan yang dihadapi.
Tempoh diskaun bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.
Menurut PTPTN, Para peminjam boleh dapatkan pengesahan baki bagi tujuan pembayaran penuh melalui portal PTPTN berikut:
selepas 01/11/2021 atau boleh hubungi mana-mana Eksekutif Pemasaran PTPTN melalui pautan berikut: https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn
Comments