top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Disoal rakyat pasal kes akan boleh turun dalam seminggu-dua, ini respon TS Noor Hisham

14 Julai 2021

Satu khabar berita yang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia semalam apabila kes harian sudah menjangkau 5 angka iaitu 1,079 kes dan negeri Selangor masih mencatatkan angka tertinggi, 5,263 diikuti dengan WP Kuala Lumpur, 1,521.


Selain mengundang pelbagai reaksi warganet, ada netizen yang bertanyakan satu soalan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkenaan dengan penurunan kes.


Ini kerana, pada 8 Julai 2021 lepas, Tan Sri Dr Noor Hisham pernah mengeluarkan satu kenyataan dengan mengatakan kes akan menurun dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi.


Kata beliau, peningkatan kes secara drastik ini sudah dapat dijangka oleh beliau kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Lembah Klang dan tindakan saringan secara besar-besaran, lapor Berita Harian.


Tambah Dr Noor Hisham lagi, situasi begini lebih kurang sama berlaku pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.


“Kalau lihat kepada PKP 2.0 dan PKP 3.0, PKP 2.0 yang dilaksanakan pada 13 Januari, kes melonjak sehingga 5,725 pada 30 Januari iaitu lebih kurang dua minggu.”


“Barulah (kemudian) kita lihat ada penurunan kes. Begitu juga pada 12 Mei, kita buat PKP 3.0, kes melonjak pada 29 Mei iaitu 9,020 kes.”


“Selepas itu kes mula menurun, jadi sekarang ini kita jangka kes akan meningkat kembali kerana usaha pengesanan komuniti giat dijalankan iaitu saringan secara besar-besaran.”


Beliau juga mengatakan bahawa dengan pengawalan yang baik, kemungkinan penurunan kes dalam seminggu atau dua minggu dapat dilihat.


Pada masa sama, program vaksinasi perlu dipertingkatkan. Sebanyak empat juta dos vaksin sudah diberikan kepada Selangor dan Kuala Lumpur juga sudah mencapai tahap vaksinasi amat memuaskan. Ini boleh bendung penularan di Lembah Klang.


Jadi, berikutan dengan kes naik mencanak sehingga 11,079 semalam, Tan Sri Dr Noor Hisham masih tetap dengan pendiriannya dengan memberikan kenyataan yang serupa kepada netizen apabila ditanya berhubung dengan jangkaannya itu.


Untuk rekod semalam, kadar suntikan vaksinasi telah melebihi 400,000 sehari.


Kata Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, ia merupakan satu pencapaian yang membanggakan.


Jadi, dengan kenyataan tentang jangkaan Tan Sri Dr Noor Hisham pada 8 Julai lepas, beliau mengatakan jika momentum ini (sasaran 450,000 orang mengambil suntikan vaksin dalam masa sehari) berterusan, memang ada harapan kes akan turun.


Jika kita amati betul-betul, segala jangkaan daripada Dr Noor Hisham ini benar-benar belaka, boleh rujuk tarikh kenyataan yang beliau ada buat jangkaan dan hasilnya memang betul.


Harap untuk kali ini juga sama dan sebagai rakyat teruskan usaha dan jalankan peranan kita.




--PN Online

bottom of page