top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Dr. Yadzil Yaakub santuni pesakit di sekitar Bemban

2 NOVEMBER 2021

Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Melaka, merangkap Ketua Bahagian BERSATU Jasin, Dr. Mohd Yadzil Yaakub melawat beberapa pesakit beliau yang menghadapi masalah kesihatan di sekitar DUN Bemban, malam tadi.


Beliau sempat bertanya khabar kepada beberapa orang pesakit, dan menurut anakkepada pesakit beliau, ibunya mengalami masalah sukar untuk berdiri.


Secara fizikalnya nampak baik. Masih boleh duduk, makan, dan beraktiviti seperti biasa.


Beliau turut berpesan kepada pesakitnya dalam pada sibuk menjalani kehidupan seharian, jangan kita lupa menjalankan pemeriksaan kesihatan secara berkala agar kita dapat mengesan dan merawat sebarang penyakit di peringkat awal.



Anak jati kelahiran Melaka ini berusia 43 tahun dan terlibat secara aktif dalam aktiviti parti politik.


Beliau merupakan pemegang Ijazah dalam bidang Kedoktoran daripada Universiti Udayana, Bali Indonesia dan memulakan kerjaya sebagai housemanship di Hospital Melaka.


Beliau turut berpengalaman dalam pelbagai jabatan, perubatan,obstetrik dan ginekologi, pediatrik, dan pembedahan.


Jawatan terakhir adalah sebagai pegawai perubatan dalam bidang anestesiologi dan seterusnya dilantik sebagai pegawai perubatan, berkhidmat sebagai doktor di Poliklinik Hidayah dan menawarkan perkhidmatan perubatan yang baik dan cemerlang kepada orang ramai.


Perwatakan beliau yang ramah itu disenangi oleh pesakit-pesakitnya termasuk penduduk di sekitar Bemban dan ada juga dari Gemencih, Negeri Sembilan.


Bemban merupakan sebuah bahagian pilihan raya negeri di Melaka, Malaysia, yang mempunyai wakil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dengan kod kawasan N.24.


Kawasan DUN ini mula dipertandingkan pada 2004 dan memberi mandat kepada seorang ahli Dewan Undangan Negeri di DUN Melaka mengikut sistem undian terbanyak.


Tiga daripada mereka memenangi kerusi itu iaitu Chong Tam On (2004-2008), Chua Kheng Hwa (2008-2013) dan Ng Choon Koon (2013-2018).


Bagaimanapun pada PRU-14 lalu calon MCA, Datuk Koh Chin Han tewas kepada Dr. Wong Fort Pin dari PKR.


Pengundi di DUN Bemban seramai lebih kurang dalam 18 ribu orang dan sebelumnya di menangi oleh DAP.

bottom of page