top of page
  • newsatmy

DSV Yakin Iqbal Tak Dapat Cari Pengganti Sepertinya

1 Disember 2021

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkifli membawa diri ke Indonesia dan mungkin akan menetap di sana.


Iqbal juga berharap dia dapat bertemu kebahagiaan di negara seberang itu serta bertemu orang yang dapat menyembuhkan luka di hati.


Bagaimanapun, bekas kekasihnya iaitu Datuk Seri Vida mempersoalkan kemampuan Iqbal untuk mencari pengganti lebih-lebih lagi wanita sepertinya.


“Kata dia nak cari penganti di Indonesia, tapi boleh ke nak cari penganti macam aku? Saya rupawan dan genit-genit manja. Kau mampu nak cari pengganti seperti aku? tidak sekali-kali! Sekarang saya enjoy dengan kehidupan saya,” katanya.


Dalam pada itu, Vida berkata dia kini tidak lagi berhubung lagi dengan Iqbal selepas bekas pembantu peribadinya itu mengatakan tidak mahu lagi meneruskan hubungan.


Terdahulu, Iqbal berkata dia kini cuba untuk mendekati dan mahu mengenali Rossa dengan lebih dalam.


Iqbal berkata Rossa seorang yang lemah lembut, sopan, tidak gedik mahupun bising.

bottom of page