top of page
  • zaman

DUN di negeri dikuasai Pas akan buat keputusan bubar atau tidak pagi ini


KUALA LUMPUR,11 OKT: Sebarang keputusan mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri dikuasai Pas, akan disahkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Harian Pas hari ini


Perkara itu dinyatakan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar juga Menteri Besar Terengganu dalam kenyataan di laman Facebook beliau malam tadi


Beliau berkata,Keputusan pembubaran, akan dimuktamatkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Harian Pas awal pag ini


Pada Sabtu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, dilapor berkata, Pas memutuskan tiga negeri dikuasainya iaitu Kelantan, Kedah dan Terengganu, tidak akan membubarkan DUN dalam masa terdekat.


Katanya, keputusan itu dibuat bagi membolehkan segala usaha ditumpukan kepada persiapan menghadapi musim tengkujuh yang dijangka pertengahan November hingga Mac 2023.


Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, turut memaklumkan Kedah kekal dengan pendirian tidak membubarkan DUN sebelum Mac tahun hadapan, meskipun Parlimen telah dibubarkan.


Beliau bagaimanapun berkata, sebarang perubahan akan diputuskan parti di peringkat Pusat.


Sementara itu, dalam kenyataan sama, Ahmad Samsuri berkata, Pas telah berulang kali menegaskan tentang ketidaksesuaian PRU15 diadakan ketika negara bakal menghadapi suasana banjir termasuk di Pantai Timur dan kawasan lain.


"Rakyat boleh membuat berbagai-bagai andaian tentang tujuan dan kehendak pembubaran (Parlimen) yang dipaksakan ini walaupun tinjauan awam menunjukkan lebih 2/3 rakyat tidak bersetuju untuk PRU15 diadakan pada ketika ini.


"Memaksakan pilihan raya diadakan pada saat rakyat menghadapi kesusahan ini adalah sangat tidak sesuai dan memberikan indikasi bahawa parti yang mendesak adalah hanya memikirkan diri individu mereka sahaja.


"Justeru itu, mereka yang menekan sehingga keputusan pembubaran ini dibuat merupakan liabiti pada negara dan wajar ditolak dalam PRU yang akan datang," katanya.

bottom of page