top of page
  • Farah

DUN Selangor belum putuskan bubar tahun ini


PETALING JAYA,14 Sept: Kerajaan Pakatan Harapan Selangor masih belum memutuskan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau belum mendapat perkenan membincangkan perkara itu dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan kepimpinan Pakatan Harapan (PH).

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan 'Coffee Table Book' bertajuk 'Menelusuri Kisah Air Selangor' yang diterbitkan sempena ulang tahun ketiga penubuhan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd di One Utama di sini pada Selasa.


Hadir sama, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Mansor Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman.


Amirudin yang juga berkata, beliau berkeyakinan PH akan dapat mengekalkan DUN Selangor di bawah pentadbiran PH.


Menurutnya, sebagai Menteri Besar daripada PKR dan menerusi gabungan parti PH yang sudah mentadbir negeri sejak 2008 adalah menjadi misi beliau untuk mempertahankan negeri Selangor.

.

Pada 2018, PH memenangi 51 daripada 56 kerusi di negeri Selangor namun selepas Langkah Sheraton pada 2020, PH kehilangan 11 kerusi tetapi masih menguasai 40 kerusi.

bottom of page