top of page
  • Farah

DUN Selangor tidak dibubarkan


SHAH ALAM, 11 OKT:Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak akan dibubarkan bagi mengadakan pilihan raya serentak selepas pembubaran Parlimen pada Isnin.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata kerajaan negeri kekal dengan pendirian untuk mengadakan pilihan raya secara berasingan dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) selepas lebih dua jam menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini.


"Maka dengan itu, PH Selangor kekal dengan keputusan tidak membubarkan DUN pada tahun ini,” katanya dipetik laporan media.


Jelas Amirudin, Sultan Sharafuddin meminta beliau mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak bagi memastikan pilihan raya di Selangor berlangsung dengan lebih efisien.


Beliau yang juga Pengerusi PKR negeri, pihaknya kini memfokuskan kepada pembentangan Bajet Selangor 2023, ia bergantung kepada tarikh pilihan raya umum yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelak.


Mungkin beliau akan menundakan pembentangan bajet itu selepas selesai pilihan raya umum ke -15.


Sementara itu, Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang mencapai kata putus berhubung pembubaran DUN bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PN) diadakan serentak dengan PRU-15, namun Ketua menteri Chow Kon Yeow enggan mendedahkannya.


Menurutnya wakil parti gabungan PH akan merujuk keputusan itu kepada pimpinan pusat masing-masing.


Kenyataan ini secara tidak langsung mengesahkan Selangor tidak akan mengikuti jejak Perdana Menteri UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu mengadakan PRU-15 selepas membubarkan Parlimen semalam.

bottom of page