• newsatmy

E-Sukan: ADUN Kempas adakan pertandingan E-sport Mobile Legend




Ketika negara dilanda pandemik Covid-19, golongan belia yang juga peminat sukan elektronik (e-sukan) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas khasnya berpeluang mengilap bakat bagi diketengahkan sehingga ke peringkat antarabangsa menerusi Kejohanan Esport DUN Kempas.

Kejohanan anjuran ADUN Kempas iaitu YB Dato’ Hj Osman bin Hj Sapian pada 27 Disember, bertempat di balai raya Taman Bukit Kempas itu mendapat kerjasama Johor Youth Development Center (JOYDEC), Skuad Kebajikan Dun Kempas, dan Xtif Johor.


Hanya satu jenis permainan dipertandingkan iaitu Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) yang telah dipertandingkan secara berkumpulan.


Pertandingan ini menyaksikan pertembungan 16 pasukan dengan hadiah wang tunai terkumpul hampir Ringgit Malaysia dua ribu tanpa dikenakan yuran penyertaan dan telah dimenangi oleh Genexus Titans yang membawa pulang wang tunai berjumlah Ringgit Malaysia tujuh ratus berserta trofi berupa piala YB Dato Hj Osman bin Hj Sapian.





Pemenang kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang Ringgit Malaysia lima ratus dan tiga ratus. Pemenang ke-4 juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila menerima hadiah wang tunai sebanyak Ringgit Malaysia seratus lima puluh.


Menurut kenyataan Osman lagi, pertandingan ini adalah antara usaha mencari bakat baru untuk e-sukan di Malaysia selain menggalakkan orang ramai untuk menyertai sebarang bentuk aktiviti yang positif dan sihat sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


"Kejohanan ini bukan sahaja sebagai pengisian aktiviti sepanjang PKP dengan aspek pencegahan dan keselamatan dengan memastikan pemain dan penonton mematuhi SOP Covid-19 tetapi secara tidak langsung mendidik anggota masyarakat bahawa e-sukan adalah sukan yang mempunyai potensi dan mampu melahirkan atlet profesional untuk pembangunan industri e-sukan," katanya.


Tambahnya lagi, aspek kesihatan para pemain juga akan diberikan perhatian melalui penerapan elemen pendidikan sepanjang kejohanan ini berlangsung.


“Pemain akan didedahkan kepada cara bermain dengan sihat melalui senaman ringkas yang patut diamalkan penggemar e-sukan ketika bermain," katanya.







74 views0 comments

Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by PN Online.