top of page
  • newsatmy

Ebit Lew beli khemah, bantu peniaga bazar Ramadan terjejas akibat ribut

15 April 2021


HUJAN lebat yang melanda beberapa kawasan di Lembah Klang pada lewat petang sejak kebelakangan ini pastinya memberi kesan, khususnya kepada peniaga bazar Ramadan.

Keperitan yang dihadapi mereka pastinya lebih terasa apabila modal yang dilaburkan hangus begitu sahaja.


Situasi itu mendapat perhatian pendakwah bebas negara yang memang dikenali dengan sikapnya suka membantu golongan memerlukan.


Dalam kejadian pada petang Rabu, Ustaz Ebit Lew tampil membantu peniaga bazar Ramadan di Wangsa Maju yang terjejas akibat ribut dan hujan lebat.


"Sebak sayu rasa hati semalam bila tengok khemah makcik jual Yong Tau Fu di Wangsa Maju runtuh rosak diterbangkan angin waktu hujan ribut kuat semalam.



"Baru hari pertama berniaga. Semuanya rosak. Dekat RM800 juga semuanya modal.

"Berat ujian mereka. Di sinilah rezeki dan harapan mereka. Ujian mereka," tulisnya di akaun Instagram miliknya.


Susulan itu, Ebit Lew telah membeli tujuh buah khemah baharu untuk para peniaga di bazar tersebut, selain memberi duit belanja kepada sebahagian daripada mereka.


"Betapa besar harapan seorang peniaga menanti bazar Ramadan ini. Dengan nak dapat tapak. Ramai yang nak masuk.


"Dengan keadaan COVID-19 sekarang. Allahuakbar.


"Saya borong dekat tiga kedai tadi. Beli makanan mereka dengan bekas-bekas saya pinjam dahulu sebab nak jamu orang buka puasa.


"Melihat senyuman mereka buat saya gembira. Ada ibu tunggal. Ada bawa anak tolong berniaga," katanya.


Astro AWANI

bottom of page