• newsatmy

Ekonomi China kekal mantap, tumbuh 9.8 peratus pada suku ketiga 2021

20 Oktober 2021

BEIJING: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China untuk tiga suku pertama tahun ini merekodkan pertumbuhan sebanyak 9.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.


Pengarah Pusat Data China di Universiti Tsinghua, Xu Xianchun berkata ekonomi domestik menyaksikan pemulihan mantap, didorong oleh penggerak baharu.


Untuk rekod, output kenderaan tenaga alternatif, robot perindustrian dan litar bersepadu masing-masing menokok 172.5 peratus, 57.8 peratus dan 43.1 peratus.


Sementara itu, jualan runcit barangan dalam talian meningkat 15.2 peratus, sekali gus menyumbang sebanyak 23.6 peratus kepada keseluruhan jualan runcit barang pengguna di China.


Beliau berpendapat bahawa kesemua elemen tersebut dapat melancarkan lagi rantaian bekalan dalam dan luar negara.


Dalam aspek perdagangan luar pula, Xu berkata banyak titik pertumbuhan baharu boleh dipupuk antaranya insurans kewangan, pengangkutan dan lain-lain.


Mengulas lanjut, beliau menyatakan ia bukan sahaja dapat mengukuhkan kerjasama dan pertukaran antara China dengan negara lain, malah mampu menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi China.



-- BERNAMA