top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Ekonomi dijangka stabil Q4, ringgit sekitar 3.67-4.10 berbanding dolar AS - Pakar

5 September 2021

Ekonomi Malaysia dijangka stabil menjelang suku keempat (Q4) berikutan langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan di bawah Rancangan Pemulihan Negara untuk meringankan sekatan bagi operasi sektor ekonomi, kata ahli ekonomi global, Shan Saeed.


Sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada syarat-syarat dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.


Shan, yang merupakan Ketua Ekonomi Global Juwai IQI berkata, "Dengan stabilnya ekonomi, ringgit juga akan mendapat keyakinan dan dijangka melantun semula.


"Dengan harga minyak yang lebih tinggi, kadar vaksinasi yang lebih menyeluruh di kalangan penduduk, pembukaan sektor ekonomi terutama peningkatan terhadap pasaran domestik pasti akan meningkatkan mata wang tempatan," katanya kepada Dagangnews.com, di sini, semalam.


Beliau berkata ringgit dijangka meningkat kepada paras 3.67 dan 4.10 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun.


Shan diminta mengulas mengenai laporan baru-baru ini oleh DBS Group Research yang menurunkan ramalan ringgit mengatakan bahawa mata wang tempatan akan berlegar kepada 4.20 hingga 4.40 berbanding dolar AS.


Firma Penyelidikan itu telah meletakkan ringgit sebagai mata wang termurah dalam kalangan mata wang Asia tidak termasuk Jepun, diikuti oleh rupiah Indonesia dan renminbi yuan China.


Ahli strategi makro pertukaran asing dan kredit DBS, Chang Wei Liang dilaporkan berkata nilai rendah ringgit akan berterusan kesan pandemik COVID-19 dan ketidakpastian politik yang mempengaruhi sentimen.


Menurut DBS, ringgit akan terus mengalami risiko kelemahan berdasarkan trend sejarahnya.

Menurutnya sejak 2015, nilai ringgit merosot kepada 4.4000 setiap satu dollar dan melepasi 4.2000 setiap kali kadar pertukaran.


Menolak dakwaan DBS, Shan berkata: " DBS tersilap perkiraan (misreading) terhadap ramalan ringgit kerana mata wang tempatan ini tidak mungkin merosot ke paras 4.40 atau menjunam.”

Sebaliknya, menurut Shan DBS perlu menganalisis Fed (Bank Negara Amerika) tentang pernyataan yang membingungkan dan ramalan tentang dolar.


Polisi sedia ada Fed akan mewujudkan lebih banyak ketidak ketentuan risiko dan risiko ekor dalam dolar.


Sejak lapan hari lepas, ringgit telah meningkat kepada 4.14 dari tahap rendah 4.23 pada 2 September 2021.


Bergerak kehadapan, ringgit akan mengekalkan kestabilan struktur. Ini kerana Bank Negara Malaysia (BNM) telah menjalankan tugasnya dengan baik dalam memantau dan menentukan dasar monetari dalam tempoh 18 bulan yang lalu.


BNM telah melaksanakan dasar monetari dengan bijaksana dan pragmatik bagi mencapai matlamat disasarkan seperti kestabilan harga, pertumbuhan ekonomi mampan serta kestabilan kadar pertukaran asing.


Dasar BNM ini telah meningkatkan keyakinan bank pusat itu bagi memastikan keutuhan ringgit.



*Berita asal di DagangNews.com

bottom of page