top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Empat pemain menjalani kurantin,ujian getir Malaysia bertemu Viatnam.

11 Disember 2021

Selain Malaysia, tiada pasukan yang terlalu yakin dengan tidak membawa 30 pemain seperti yang telah disarankan Konfederasi Bolasepak Asean (AFF)? Berdasarkan rekod, hanya Malaysia membawa 24 pemain.


Malaysia menghadapi cabaran getir berhadapan dengan Viatnam esok. Skuad 'Harimau Malaya' telah kehilangan empat orang pemain, Akhyar Rashid , Quentin Cheng akibat positif COVID-19 Faisal Halim dan Khairulazhan Khalid yang masih menjalani tempoh kuarantin 10 hari


Dengan hanya membawa 24 pemain, dan kini berbaki 20 pemain,adakah Malaysia terlalu yakin?Mula timbul siapa yang buat keputusan untuk hanya membawa 24 pemain ke Piala AFF Suzuki.


COVID-19 ini tidak mengenal mangsa dan masa. Bila-bila sahaja skuad negara boleh dijangkiti tanpa sebarang simptom. Jadi, atas dasar itu mengapa Malaysia tidak mendaftarkan 30 pemain sebagaimana yang dibenarkan.dengan prosedur ketat kesihatan di Singapur Betapa yakinnya Malaysia dengan hanya membawa 24 pemain.Malah Malaysia adalah rombongan terakhir tiba di Singapura, namun segalanya tampak serba bidan terjun dengan persediaan yang tidak rapi, pemilihan pemain yang meragukan, Adakah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kekurangan bajet untuk uruskannya?


Malaysia kini tinggal 19 pemain untuk berdepan Vietnam dalam esok petang dan berharap tiada pemain dijangkiti covid-19 atau dilanda kecederaan.tidak pasti lagi, Selain empat pemain yang perlu dikuarantin, Malaysia juga masih menanti ketibaan Dion Cools yang belum tiba dari Belgium dan dijangka akan tiba sebelum aksi berdepan Indonesia.

Comments


bottom of page