• newsatmy

Enam kelab EPL sah tidak akan sertai ESL

21 April 2021

ENAM kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) sah tidak akan menyertai Liga Super Eropah (ESL).


Chelsea dan Manchester City terdahulu umum keputusan itu, diikuti setakat ini Manchester United, Arsenal, Liverpool dan Tottenham Hotspur.


ESL dapat kecaman banyak pihak sejak penganjurannya diumumkan pada Ahad.


12 kelab terkemuka Eropah sebelum ini diumumkan setuju sertai saingan ESL.

Liga berkenaan akan menyaingi Liga Juara-juara Eropah.


Cadangan berkenaan turut mencetus kemarahan pelbagai badan kawal selia bola sepak.


Liga Perdana Inggeris dalam satu kenyataan sifatkan penganjuran liga berkenaan akan memusnahkan konsep persaingan terbuka.


Liga-liga bola sepak lain pula mengancam untuk kenakan sekatan aksi domestik bagi kelab yang menyertai persaingan Liga Super Eropah.


Selain itu pemain terlibat juga akan dikenakan larangan untuk beraksi dengan pasukan kebangsaan masing-masing.


Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) Januari lalu sudah mengeluarkan kenyataan persaingan liga berasingan daripada yang sedia dianjurkan ketika ini tidak akan diiktiraf.


Pelbagai implikasi lain turut menanti kelab dan pemain yang terlibat dalam saingan liga tersebut.


-Astro Awani