top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Epidemik vs Pandemik vs Endemik: Apa perbezaannya?


COVID-19 kemungkinan besar akan menjadi satu lagi virus yang wujud dalam kalangan kita. Seperti mana manusia kini sudah terbiasa dengan denggi dan influenza dalam kehidupan harian, begitu juga nampaknya koronavirus SarsCoV-2 atau Covid-19. Tidak semua istilah penyakit berjangkit diciptakan sama, walaupun sering disalahgunakan secara bergantian.


Sekiranya anda masih ingat wabak SARS pada awal tahun 2000-an atau sedang melakukan persiapan menentang COVID-19 sekarang, maka anda pasti pernah mendengar kata-kata Epidemik, Pandemik dan Endemik.


Sejak wujudnya COVID-19 pada tahun 2020, masyarakat telah dihujani dengan bahasa baru untuk memahami virus dan tindak balas kesihatan awam global berikutnya. Apabila penyakit merebak, Epidemik, Pandemik dan Endemik adalah perkataan yang sering kita dengar mengenai penyakit ini. Tetapi perkataan ini tidak membawa maksud yang sama.


Tetapi, mengapa orang mudah keliru dengan perkataan-perkataan ini? Baiklah, perkataan itu mengandungi –demik dan digunakan untuk wabak penyakit, tetapi tidak sama. Kesamaan ini menyebabkan banyak orang menggunakan perkataan tersebut secara bergantian atau tidak betul. Perbezaan utama, bagaimanapun, adalah mengenai skala.


Apa itu Epidemik?


Epidemik membawa maksud penyakit berjangkit yang mudah merebak dalam kalangan penduduk sesuatu kawasan pada waktu yang sama. Epidemik juga membawa maksud wabak yang menyerang sekumpulan manusia atau komuniti.


Contoh wabak epidemik yang melanda negara kita ialah serangan virus nipah yang menyerang komuniti di daerah Kinta, Perak pada tahun 1998. Epidemik boleh mengikuti corak yang dapat diramalkan dan trend ini sering digunakan untuk memantau, meramalkan dan mengawal penyebaran jangkitan. Contoh tipikal ini adalah selesema bermusim.


Apa itu Pandemik?


Istilah pandemik merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar dan tidak terhad kepada sesuatu komuniti atau daerah semata-mata. Wabak ini akan mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara, benua atau mungkin juga seluruh dunia jika dibiarkan melarat. Setelah epidemik menjadi global dan mempengaruhi sebahagian besar populasi, ia dikenali sebagai pandemic. Istilah pandemik dan epidemik digunakan untuk menggambarkan kadar dan jarak penyebaran penyakit dan bukan keparahan penyakit.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan pandemik apabila penyakit berkembang. Ini bermaksud kadar pertumbuhan meroket, dan setiap hari kes tumbuh lebih banyak daripada hari sebelumnya. Setelah dinyatakan sebagai pandemik, virus ini tidak ada kaitan dengan virologi, kekebalan penduduk, atau keparahan penyakit. Ini bermaksud virus meliputi kawasan yang luas, yang mempengaruhi beberapa negara dan populasi.


Apa itu Endemik?


Endemik merujuk kepada penyakit atau wabak yang sentiasa wujud di sesuatu kawasan atau daerah tertentu. Ini termasuk penularan wabak dalam skop yang lebih besar seperti melibatkan sebuah negara. Contohnya, malaria dikatakan endemik di kawasan tropika. Endemik lain yang tercatat dalam sejarah termasuk penyakit demam kuning dan malaria di Congo; wabak bubonik di Madagascar; dan wabak demam kuning, malaria dan demam denggi di Peru.



Virus Covid-19 ini akan kekal dalam kehidupan manusia, jadi kita kena bersiap sedia untuk tinggal bersama dengan virus ini pada masa akan datang. Kerajaan perlu meningkatkan kapasiti membabitkan jumlah perbelanjaan untuk pusat perubatan untuk menghadapi endemik seperti penambahan wad kecemasan, pembelian fasiliti seperti ambulans, serta menubuhkan lebih banyak hospital di semua daerah dengan peningkatan jumlah doktor lebih banyak.


Selain vaksinasi berkelompok, kerajaan juga perlu lebih fokus kepada perbelanjaan berskala besar untuk membangunkan perubatan dengan sempurna dan bersedia untuk membuka semula ekonomi secara kesuluruhan. Jika tidak, Malaysia akan jatuh, kurang peluang pekerjaan dan ekonomi kita juga akan semakin runtuh.



--PN Online

bottom of page