top of page
  • newsatmy

EPL: Liverpool kembali cabar kedudukan liga

4 April 2021

LONDON: Liverpool percaya mereka kembali memberi saingan merebut kedududkan empat terbaik dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) lepas menang bergaya ke atas Arsenal 3-0.


Ia merupakan kemenangan ketiga berturut-turut anak buah Jurgen Klopp di tempat lawan.


Liverpool menguasai permainan pada babak pertama namun hanya berjaya memecah kebuntuan gol pada babak kedua menerusi pemain kelahiran Portugal, Diogo Jota.


Selang beberapa minit penyerang Mohamed Salah mengambil kesempatan ke atas pertahanan rapuh Arsenal dan meleretkan bola antara kaki Bernd Leno.


Jota kemudian tambah gol ke tiga buat Liverpool pada minit ke-82 sekali gus memastikan The Reds pulang dengan tiga mata penuh..


Liverpool kini di tangga ke lima liga dengan 49 mata.


- Astro Arena

bottom of page