• newsatmy

EPL: Manchester United rapatkan jurang

19 April 2021

MANCHESTER United merapatkan jurang kedudukan dengan pendahulu liga Manchester City kepada lapan mata.


Ini selepas kelab itu mencatat kemenangan 3-1 ke atas Burnley.


Tiada yang mustahil buat United untuk kembali mengejar kedudukan juara liga dengan keputusan ini.


Pemain remaja Mason Greenwood muncul wira apabila menjaringkan gol untuk Red Devils.

Gol pertama dijaringkan Greenwood pada minit ke-48.


Namun pelawat berjaya menyamakan kedudukan dua minit kemudian menerusi James Tarkowski.


Keputusan 1-1 kekal di babak pertama.


Babak kedua menyaksikan persaingan seimbang.


Namun Greenwood sekali lagi meledak jaringan untuk meletakkan United di depan pada minit ke-84.


Gol ketiga dan juga kemenangan United pada minit-minit akhir perlawanan menerusi Edinson Cavan.


Kemenangan ini bermakna United di kedudukan kedua dengan perbezaan lapan mata dan baki enam perlawanan musim ini.


Sementara Burnley kekal di tangga ke-17, hanya dengan kelebihan enam mata dari zon penyingkiran.


- Astro Awani