Nihaba
EPL: Manchester United tambah derita Norwich ke tangga tercorot liga
12 Disember 2021

Manchester United meneruskan kecemerlangan selepas berjaya menewaskan Norwich City 0-1 di Carrow Road.
Pasukan terbawah liga, Norwich City tidak menunjukkan sebarang tanda untuk tunduk kepada Manchester United dengan beberapa asakan berbahaya namun kedua-dua pasukan gagal peroleh sebarang jaringan pada separuh masa pertama.
Pada babak ke-2, Norwich mempertingkatkan serangan namun Manchester United memperolehi gol tunggal kemenangan selepas pengadil menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-75 yang disudahkan Cristiano Ronaldo.
Norwich City melakukan asakan beberapa kali untuk memburu jaringan penyamaan namun menemui jalan buntu. penjaga gol ,David De Gea beraksi baik menjadi penyelamat membatalkan peluang emas tuan rumah.
Perlawanan berakhir dengan kemenangan mutlak buat Manchester United yang kini mengekori rapat West Ham yang berada di kedudukan ke-4.