• newsatmy

EPL: Spurs menang selesa ke atas Sheffield United

3 Mei 2021

JARINGAN hatrik penyerang Gareth Bale memberi kemenangan selesa buat Tottenham Hotspur dalam perlawanan pada Ahad.

Aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di tempat sendiri itu menyaksikan kelab tersebut menang ke atas Sheffield United 4 - 0. Jaringan Spurs dibuka seawal minit ke-36. Ia kemudian diikuti dengan dua lagi jaringan pada babak kedua, masing-masing pada minit 61 dan 69.

Sementara itu, satu lagi gol dijaringkan Son Heung Min.

Keputusan tersebut meletakkan Spurs hanya kurang lima mata daripada tangga keempat. Dengan baki empat perlawanan ini bermakna, Spurs masih ada peluang memburu slot ke Liga Juara-Juara Eropah.

-Astro Awani