• Arissa Azman

Euro 2020: Gol lewat permainan Goretzka pacu kemaraan Jerman

24 Jun 2021

JERMAN 2 HUNGARY 2


Jerman melangkah ke pusingan kalah mati Euro 2020 dan akan mencongak perhitungan dengan England selepas Leon Goretzka menjaringkan gol pada lewat permainan untuk mengikat Hungary 2-2 di Arena Allianz, Munich awal pagi tadi.


Pemain Mainz, Adam Szalai, yang menghabiskan hampir keseluruhan kariernya dalam Bundesliga, meletakkan Hungary di depan seawal minit ke-11 bagi membawa Jerman ke ambang penyingkiran.


Jerman kemudian mendapat sedikit kelegaan apabila Kai Havertz menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-66 tetapi keadaan itu tidak bertahan lama buat skuad Joachim Low berkenaan apabila Andras Schafer hanya memerlukan 91 saat untuk kembali meletakkan Hungary di depan.


Goretzka akhirnya menyelamatkan maruah Jerman daripada tersingkir di peringkat kumpulan buat kali pertama sejak 2004 menerusi gol pentingnya pada minit ke-84, sekali gus menyaksikan Hungary gagal meneruskan kemaraan selepas menduduki tangga terbawah Kumpulan E.


Selaku naib juara, Jerman akan bertemu England di Stadium Wembley bagi penentuan ke suku akhir awal pagi Rabu depan.



--Awani