• newsatmy

Euro 2020: Itali mara ke final, ketepikan Sepanyol

7 Julai 2021

Itali berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir kejohanan Euro 2020 setelah menewaskan Sepanyol sebentar tadi.


Kemenangan 4-2 itu diperoleh melalui sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 hingga akhir babak permainan.


Dalam aksi di Stadium Wembley awal pagi tadi, permainan terpaksa dilanjutkan sehingga ke masa tambahan 30 minit.


Keputusan penalti 4-2 itu melayakkan Itali ke pusingan akhir setelah penantian selama sembilan tahun.


Lawan Itali nanti, sama ada England atau Denmark akan bertemu dalam aksi separuh akhir awal pagi esok.


Perlawanan akhir akan berlangsung di Wembley Ahad ini.