top of page
  • newsatmy

Euro 2020: Jaringan tunggal Hazard hantar Portugal, Ronaldo pulang

28 Jun 2021

BELGIUM 1 PORTUGAL 0


Belgium menamatkan perjalanan Portugal untuk mempertahankan Kejuaraan Eropah dengan kemenangan 1-0 di Seville, di sebalik kehilangan khidmat Kevin De Bruyne dan Eden Hazard ekoran kecederaan dalam aksi pusingan 16.


Ketika kedua-dua pasukan berdepan laluan berliku dalam mengejar kejayaan dalam Euro 2020, Belgium yang berjaya lolos ke suku akhir bertemu Itali hasil jaringan tunggal Thorgan Hazard.


Ia merupakan satu-satunya peluang terbaik Belgium dan ia membenarkan mereka melangkah ke peringkat seterusnya, namun keadaan De Bruyne dan Eden Hazard selepas digantikan menjadi satu kebimbangan buat mereka menjelang aksi seterusnya.


- Astro Awani


bottom of page