top of page
  • newsatmy

Euro 2020: Kejutan Republik Czech ranap impian Oranje

28 Jun 2021

BELANDA 0 REPUBLIK CZECH 2


Republik Czech mara ke suku akhir Euro 2020 dengan kemenangan 2-0 dan mengejutkan Belanda, yang menyaksikan Matthijs de Ligt diarah keluar padang.


Dalam perlawanan sengit di Budapest itu, menyaksikan skuad yang dikendalikan oleh Jaroslav Silhavy memperoleh kelebihan selepas De Ligt yang secara sengaja menyentuh bola bagi menghalang Patrik Schick mendapatkan peluang terhidang untuk menjaringkan gol.


Tomas Holes kemudiannya menanduk masuk jaringan pembukaan sebelum Schick meledak gol kedua sekali gus membenarkan Republik Czech mara ke suku akhir, di mana mereka akan berdepan Denmark.


- PN Online




bottom of page