• newsatmy

Euro 2020: Sepanyol bakal bertemu Itali yang berbeza - Enrique

6 Julai 2021

Itali dan Sepanyol sedang membuat persiapan untuk bertemu buat kali ke-10 dalam kejohanan utama, tetapi Luis Enrique percaya skuad Azzurri berbeza berbanding sebelum ini.


Dua negara itu bakal bertembung dalam separuh akhir Euro 2020, yang ketujuh mereka dalam saingan Kejuaraan Eropah.


Spain menyingkirkan Itali pada 2008 dan mengatasi mereka dalam final 2012 tetapi diatasi Azzurri empat tahun kemudian dan kini bakal bertemu skuad yang lebih segar di bawah pimpinan Roberto Mancini.


"Skuad Itali ini berbeza berbanding sebelum ini -- pasukan yang lebih bertahan dan menunggu apa yang bakal berlaku," kata jurulatih Sepanyol, Luis Enrique.


"Ini adalah pasukan Itali dengan pemain hebat yang ingin mengawal permainan. Ini akan menjadi pertempuran pertama dalam perlawanan: siapa yang menguasai perlawanan?


"Saya tidak fikir kedua-dua pasukan mampu mengawal permainan, jadi akan menarik untuk melihat siapa yang bakal memenangi perlawanan ini.


"Selain mempunyai pemain berkualiti, Itali adalah pasukan sebenar. Mereka menyerang dan bertahan sebagai satu unit, yang sangat mirip dengan apa yang kami lakukan.


"Mereka juga menerapkan 'high pressing', sukar untuk membayangkan pasukan Itali melakukan taktikal ini.


"Mereka amat kuat dalam beberapa cara bermain, yang bermaksud bahawa perlawanan ini akan sangat menarik. Kedua-dua pasukan mencari peluang."