• newsatmy

EURO 2020: Sterling hapuskan badi England

14 Jun 2021

ENGLAND 1 CROATIA 0


Gol pertama oleh Raheem Sterling dalam kejohanan utama yang menyaksikan England memulakan kempen Euro 2020 dengan baik apabila mengalahkan Croatia 1-0 di Wembley, malam tadi.


The Three Lions tidak pernah memenangi perlawanan pembukaan mereka dalam Kejuaraan Eropah namun penantian mereka itu berakhir apabila mereka mengambil langkah yang besar dalam Kumpulan D.


Berbeza dengan kekalahan separuh akhir Piala Dunia kepada seteru yang serupa pada 2018, pasukan kendalian Gareth Southgate itu menikmati penguasaan bola sepanjang permainan yang menyaksikan percubaan Phil Foden pada minit ke-6 terkena tiang sebelum gol kemenangan tuan rumah menjelma pada minit ke-57.


Harry Kane mensia-siakan peluang besar untuk menggandakan keunggulan England, tetapi gol tunggal Sterling itu sudah memadai memandangkan jentera serangan Croatia yang diketuai Ante Rebic tidak efektif. - PN Online