top of page
  • newsatmy

Euro 2020: Tandukan Dumfries pastikan kemenangan Belanda

14 Jun 2021

BELANDA 3 UKRAINE 2


Gol pertama pada lewat permainan yang dihasilkan oleh Denzel Dumfries demi memastikan kemenangan dramatik 3-2 buat Belanda ketika menentang Ukraine dalam perlawanan pertama Euro 2020 awal pagi tadi.


Penjaga gol Ukraine, Georgi Bushchan yang mengecewakan Oranje dengan siri aksi menyelamat cemerlangnya dalam babak pertama tetapi kesilapan yang dilakukannya membuka peluang buat kapten Belanda, Wijnaldum, untuk membuka jaringan pada awal separuh masa kedua.


Wout Weghors kemudian menambah gol kedua Belanda dalam perlawanan Kumpulan C itu di Arena Johan Cruijff tetapi kapten Ukraine, Andriy Yarmolenko, menghidupkan peluang negaranya menerusi gol pada 15 minit terakhir perlawanan.


Roman Yaremchuk yang memanfaatkan kealpaan pertahanan Belanda untuk kembali mengikat kedudukan di Amsterdam tetapi Dumfries menanduk masuk gol kemenangan Belanda pada lima minit terakhir untuk memastikan tiga mata pertama buat negaranya.


- PN Online

bottom of page