• newsatmy

Euro 2020: Wales, Switzerland sama handal

13 Jun 2021

WALES 1 SWITZERLAND 1


Tandukan Kieffer Moore membolehkan Wales seri 1-1 dengan Switzerland dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A Euro 2020 di Stadium Olimpik Baku, malam tadi.


Penyerang Cardiff City itu tersenarai semula dalam kesebelasan utama Wales untuk pertembungan berkenaan bagi membalas kembali kepercayaan pengurus sementara, Rob Page, dengan meraih mata penting.


Switzerland memenangi keenam-enam perlawanan terdahulu dan meniti di laluan tepat untuk meneruskan rentak kemenangan mereka sebaik Breel Embolo menyudahkan sepakan sudut Xherdan Shaqiri dalam awal babak kedua.


Namun, pasukan kendalian Vladimir Petkovic itu gagal menggandakan kelebihan mereka apabila jaringan pemain gantian, Mario Gavranovic, dikecewakan oleh ofsaid.


Keputusan seri itu meletakkan Itali di tangga teratas Kumpulan A susulan kemenangan 3-0 ke atas Turki di Rom, awal pagi Sabtu.