top of page
  • Writer's pictureNihaba

Ezlynn Terkejut Ramai Nak Jadi Calon Madu

30 Oktober

Sebelum ini, penyanyi Ezlynn menyuarakan hasrat mahu mencari madu bagi mencukupkan empat isteri untuk suami tercinta, Wan Hafizam.


“Sebenarnya suami terkejut ketika saya luahkan hajat meminta dia melengkapkan poligami kepada empat isteri yang dibolehkan dalam Islam kerana saya yakin dia mampu menggalas tanggungjawab tersebut pada masa akan datang.



“Kemudian saya kongsikan pencarian misi empat madu itu di dalam laman sosial namun dengan persetujuannya dulu memandangkan perkara sebegini tetap bergantung kepada keputusannya,” katanya.

Ezlynn yang kini bergelar isteri kedua berkata, apa yang dilakukannya itu adalah untuk kebahagiaan suaminya serta mahu mencari saham akhirat dan mengikut sunnah Rasulullah.


“Bagi saya, suami adalah milik Allah dan kebahagiaan suami penting adalah segala-galanya selain saya hanya mahu mencari saham akhirat dengan reda serta syafaat Rasulullah.

“Selain berjumpa sendiri beberapa calon, menerusi hebahan di laman sosial saya terkejut apabila ada ramai lagi wanita yang sedia hidup bermadu,” katanya.


Terdahulu, Ezlynn mengumumkan bertemu jodoh dengan penderma hati pertama negara, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail pada awal September lalu.


bottom of page