top of page
  • newsatmy

FAM hulur sumbangan kepada bekas penyerang kebangsaan Azman Adnan

25 Disember 2021

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghulurkan sumbangan kepada bekas penyerang kebangsaan Azman Adnan bagi meringankan bebannya selepas kediamannya di Hulu Langat, Selangor, dilanda musibah banjir baru-baru ini.


Menerusi hantaran Facebook , FAM memaklumkan sumbangan tersebut merupakan inisiatif daripada Presidennya Datuk Hamidin Mohd Amin yang sentiasa peka dengan kebajikan pemain dan bekas pemain terutama kepada mereka yang banyak berjasa dan menabur budi kepada negara.


"Setiausaha Agung FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar dan Exco FAM ACP (Bersara) Md Dali Wahid telah menyampaikannya sendiri kepada Azman pagi tadi untuk sedikit sebanyak membantunya yang sedang menghadapi musibah," menurut hantaran itu. Azman sebelum ini pernah beraksi bersama pasukan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Beliau juga pernah mengendalikan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari 2014 hingga 2015.

bottom of page