• newsatmy

FGV lantik Azman Ahmad sebagai pemangku ketua pegawai eksekutif kumpulan

12 Mei 2021

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd (FGV) telah melantik Azman Ahmad sebagai pegawai yang bertanggungjawab sebagai pemangku ketua pegawai eksekutif kumpulan (GCEO) berkuat kuasa pada 16 Mei, 2021.


Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat perladangan itu berkata Azman akan memangku jawatan itu sehingga GCEO baharu dilantik atau sehingga ahli lembaga menetapkan tempohnya.


"Azman akan terus mengekalkan jawatan beliau ketika ini sebagai Pengarah Bahagian Kumpulan Logistik dan Perniagaan Sokongan (LSB) yang telah dipegangnya sejak 1 Januari, 2017.


"Sebagai pengarah bahagian kumpulan LSB, beliau bertanggungjawab terhadap keseluruhan prestasi dan pertumbuhan logistik dan menyokong perniagaan sejajar dengan objektif perniagaan FGV secara keseluruhan serta harapan pihak berkepentingan," katanya.


Awal bulan ini, FGV telah mengumumkan bahawa Datuk Haris Fadzilah Hassan akan meletak jawatan sebagai GCEO pada 15 Mei.


-- BERNAMA