top of page
  • newsatmy

Filem 'Black Widow' ditayang bermula Julai

24 Mac 2021

THE Walt Disney Company menjadualkan semula tayangan filem terbitannya dengan menunda beberapa filem hit termasuk "Black Widow".


"Black Widow" yang sepatutnya ditayang 7 Mei depan, ditunda tayangan ke 9 Julai.


Ini merupakan penangguhan kedua selepas tarikh tayangan asal pada Mei 2020.


Malah tayangan perdana filem tersebut juga bakal disiarkan menerusi laman penstriman Disney+ dengan bayaran awal AS$30.


Penjadualan semula ini diharap dapat memberi sinar baharu buat syarikat pawagam yang terkesan teruk akibat pandemik COVID-19.


Dalam pada itu, antara filem lain yang dijadualkan semula tayangan termasuk prekuel kepada filem "101 Dalmations", "Cruella". - AA

bottom of page