- cik skod
Final Piala FA- JDT VS Terengganu peluang 50:50
Ketua pasukan Terengganu, Tchetche Kipre, yang dijangka menggalas tugas selaku penyerang utama ketika berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) mahu memadam igauan buruk empat tahun lalu.
Ia menyaksikan skuad Penyu dinafikan nikmat menjulang piala berikutan tewas kepada Perak dalam final Piala Malaysia 2018 biarpun Kipre meledak dua gol dalam pertemuan itu.
“Apa yang boleh saya katakan mereka (JDT) memiliki barisan pertahanan yang baik dan mereka tidak melepaskan banyak gol. Tapi ini perlawanan final yang mana peluang untuk menang adalah 50-50.
“Untuk perlawanan akhir ini pemain serangan perlu lebih klinikal dan tidak boleh melepaskan peluang terhidang. Ini kerana pada perlawanan akhir ini, tidak banyak peluang yang anda akan dapat.
“Kami akan cuba untuk pecahkan benteng mereka. Walaupun kami menghormati mereka sebagai satu pasukan yang kuat namun tapi kami juga tidak gentar untuk bertemu sesiapa sahaja,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan dan sesi latihan pasukan di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.
“Paling penting bukan mengenai perkara yang lepas, tapi untuk mencipta sejarah baharu. Saya fikir kami ada pengalaman untuk memenangi piala kali ini,” katanya.
Comentarios