top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

"Fitnah PN beli Undi sangat tak bertamadun!" -TKB Pontian

Updated: Aug 9, 2021

9 Ogos 2021


Timbul satu isu dimana pihak pembangkang menimbulkan fitnah dengan menyatakan bahawa untuk mendapatkan sokongan, pihak Kerajaan memberikan rasuah.


Menurut artikel MalaysiaKini, Nik Nazmi yang merupakan antara ahli parlimen yang didekati, berkata pemimpin terlalu sibuk menyelamatkan kedudukan sendiri di saat perangkaan dasar negara yang baik sangat diperlukan.


Nik Nazmi mendakwa beliau adalah salah seorang daripada lima ahli parlimen PKR yang menerima tawaran 'durian RM30' secara tunai serta untuk 'menggantikan durian' dari Parit Sulong atau Lenggong.


Ia dipercayai merujuk kepada Ahli Parlimen Parit Sulong Nuraini Ahmad dan Ahli Parlimen Lenggong Shamsul Anuar Nasarah yang meletakkan jawatan sebagai menteri baru-baru ini.


Bagaimanapun, kenyataan tersebut disangkal oleh Timbalan Ketua BERSATU Pontian, Encik Matharuzaman Ahmad dengan menyatakan bahawa pihak Pembangkang cuba menjatuhkan imej kerajaan.


Semasa dalam Program Penyerahan Bakul Makanan di daerah Pontian, beliau sempat memberikan pendapat beliau tentang isu 'Durian RM30'.

"Fitnah untuk memburukkan Perikatan Nasional dengan mengatakan pihak Kerajaan membeli undian adalah sangat tidak bertamadun.


"RM30 juta? harga yang sangat mahal untuk dibelanjakan bagi mendapatkan sokongan sahaja. Pada saya lebih baik Tan Sri bekerjasama dengan Kluster Mahkamah yang jauh lebih berpengaruh daripada tiga orang wakil pembangkang bagi membolehkan mereka didapati tidak bersalah semasa proses perbicaraan,


"Pihak Kerajaan boleh melaporkan pada polis kerana fitnah seperti ini seakan-akan menjatuhkan Perdana Menteri serta kerajaannya," kata beliau.


Beliau yang ditemui pada ketika itu sedang giat melakukan aktiviti pengagihan bakul makanan bagi penduduk setempat dan rakyat yang terkesan dengan situasi Covid-19 di gerai Keropok Lekor , Parit Panjang Ayer Baloi.



--PN Online

bottom of page