• Matha Ahmad

Fokus isu rakyat, Ahmad Maslan ditegur ahli UMNO,




Datuk Seri Ahmad Maslan, Setiausaha Agung UMNO, digesa untuk fokus kepada isu-isu rakyat dari hal darurat yang telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.


Teguran itu datang dari Setiausaha Bahagian UMNO Batu Gulam Muszaffar Gulam Mustakim yang menyifatkan Ahmad Maslan cuba untuk mempolemikkan isu darurat.


Kata Gulam, kenyataan kontroversi Ahmad Maslan sebelum ini menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap UMNO.


“Sebelum ini UMNO telah menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong berkenaan darurat, oleh itu tak payah nak polemikkan dan desak-desak lagi hal darurat ini. Macam hari itu dah bagus turun padang bantu mangsa-mangsa banjir di Pahang... teruskan dan perhebatkan lagi.


“Kenyataan-kenyataan kontrovesi Setiausaha Agung UMNO ini, membuatkan rakyat semakin benci dengan UMNO lagi, kita yang di bawah dok sibuk hal bantu rakyat masa PKP-COVID19 dan banjir ni, Ahmad Maslan mengeruhkan keadaan dengan kenyataan kontroversinya.


"Isu PHD-lah, parut kelapa lah, sidang Dewan Rakyat lah penatlah nak menepis persepsi isu-isu ini kepada rakyat,” kata Gulam dalam kenyataannya.


Katanya, sepatutnya Ahmad Maslan tidak perlu mengeruhkan lagi keadaan tetapi lebih kepada membantu rakyat yang memerlukan seperti mangsa COVID-19 dan mangsa banjir.


Yang penting ketika ini kata Gulam, Ahmad Maslan seharusnya memikirkan strategi untuk menguatkan lagi jentera UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


Ahmad Maslan sebelum ini menimbulkan kontroversi dengan beberapa kenyataan yang dilihat menimbulkan kemarahan ramai