top of page
  • newsatmy

'Friends: The Reunion' akan disiarkan 27 Mei ini

16 Mei 2021

Siri TV paling popular Friends, “Friends: The Reunion” akan kembali menemui peminat 27 Mei ini menerusi HBO Max.


Khabar ini disambut gembira peminat setia siri itu selepas 25 tahun melabuhkan tirainya.


Barisan pelakonnya, Jennifer Aniston, Courteney Cox, Lisa Kudrow, David Schwimmer, Matthew Perry dan Matt Leblanc dilaporkan menjalani penggambaran di Burbank, California.


"Friends: The Reunion" akan menampilkan beberapa bintang jemputan terkenal termasuk BTS, Justin Bieber, David Beckham, Reese Witherspoon, Cindy Crawford, Lady Gaga, Kit Harington serta Malala Yousafzai.

-Astro Awani

bottom of page