top of page
  • newsatmy

Gangguan bekalan air di Wilayah Petaling, Klang dan Shah Alam pulih sepenuhnya

1 April 2021

Kuala Lumpur: Kesemua 31 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air berjadual di Wilayah Petaling, Klang dan Shah Alam pulih sepenuhnya dengan pada jam 6 pagi Khamis.


Pemulihan bekalan air itu lebih awal daripada yang dijangkakan Air Selangor sebelum ini iaitu pada pukul 9 pagi ini.


Jesteru, Air Selangor mengucapkan terima kasih kepada para pengguna atas kesabaran dan kerjasama diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual itu.


Air Selangor turut memohon kerjasama para pengguna untuk melaporkan sebarang kejadian paip bocor atau pecah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi memastikan tindakan pembaikan dapat dilakukan dengan segera.


Terdahulu, gangguan bekalan air itu susulan kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam sejak Selasa lalu.


Gangguan bekalan air berjadual di lima kawasan di Wilayah Petaling, 14 kawasan di Wilayah Klang dan 12 kawasan di Wilayah Shah Alam bermula pukul 9 pagi, 30 Mac 2021.


- Astro Awani

bottom of page