• newsatmy

Gelek Seksi Sajat Cetus Kemarahan Warga Net

14 April 2021

Selepas lama menyepi daripada dunia media sosial, usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau lebih dikenali dengan panggilan Sajat akhirnya muncul kembali menerusi beberapa posting di Instagram miliknya.


Walaubagaimanapun, posting berkenaan dilihat telah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen apabila sajat secara sengaja tampil dengan imej seksi.


Malah Sajat dengan ligatnya mendedahkan bahagian badannya sambil membuat tarian gelek.


Rata-rata mereka menganggap posting berkenaan tidak sesuai terutama ketika umat Islam menyambut bulan Ramadan.


"Sesungguhnya aku sedang berpuasa"


"Pakailah elok sikit, dah masuk Ramadan ni, hormatlah sikit"


"Kurang ajar dia n, umum puasa je terus buat video macam ni" tulis beberapa netizen.


Sekadar info, Sajat mencentuskan kontroversi baru-baru ini apabila memuat naik video mahu keluar daripada Islam selepas menghilangkan diri susulan waran tangkap dikeluarkan mahkamah terhadapnyaberhubung kes dikendalikan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.


Pada 6 Januari lalu, Nur Sajat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Syarie Mohamad Khalid Shaee @ Shaii.


Dia didakwa melakukan perbuatan itu dalam majlis bacaan Yasin dan Solat Hajat, pada 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.


Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. -Astro Gempak