• cik skod

'Genap setahun Ayash. Saya tak boleh beri sentuhan seperti ibu' - Shuib

7 Ogos

HARI Sabtu genap setahun usia cahaya mata bongsu pasangan selebriti Shuib dan Arwah Siti Sarah iaitu Ayash Affan.

“6 Ogos 2022 genap Ayash Affan setahun. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar”


Berkongsi tentang kehidupan terkini, ternyata bekas ahli kumpulan Sepahtu ini masih lagi cuba untuk bangkit kembali selepas kehilangan isteri tercinta. “Biarlah I yang mati dulu, sebab tak sanggup nak hadap. Tapi Allah Maha Dasyat, Maha Hebat.

“Kenapa Allah tak boleh belanja saya lagi 20 tahun, sebab saya dengan Arwah dah almost 10 tahun. Saya terfikir, tak boleh belanja lagi ke 20 tahun. Tapi itulah, jalan cerita yang semua orang akan lalu, cuma saya cepat sikit lalui," katanya.


Bapa kepada empat cahaya mata ini juga meluahkan rasa apabila bakal berhadapan dengan soalan yang akan diajukan anak bongsunya ‘di mana ibu saya’ suatu hari nanti.

“Kalau one day Ayash akan tanya. Di hari pemergian Sarah, saya dah terfikir soalan ni.

“Cuma sekarang saya kena buat yang terbaik buat anak-anak, education dan kehidupan anak-anak.

“Tipulah kalau saya boleh beri sentuhan seperti ibu, anak-anak lelaki saya perlukan sentuhan dari ibu. Saya tak boleh pakai tudung macam ibu dia. Itu saya kalahlah, semua saya boleh berikan, anything! Cuma part sentuhan ibu tu saya tak dapat bagi pada anak-anak," ujarnya lagi.


Usahawan Bubble Bee ini sempat menitipkan ucapan buat anakanda bongsu tercintanya.

“Semoga menjadi anak yang baik untuk keluarga dan dipelihara Allah SWT selalu. Aamiin.”

Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos tahun lalu akibat COVID-19, iaitu tiga hari selepas melahirkan anak bongsu, Ayyash Affan.


Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9 dan Ariq Matin, 7.


Astro Awani