• newsatmy

Generasi Ke-2 Felda Peroleh Geran Hak Milik Tanah

10 Januari 2021


KOTA TINGGI: Penyampaian geran hak milik generasi kedua di Felda Bukit Aping Timur telah disampaikan oleh YB Rasman Ithnain yang merupakan ADUN Sedeli kepada 289 orang penerima.


Penduduk-penduduk Felda Bukit Aping Timur turut hadir bagi memeriahkan program penyampaian geran pada hari ini walaupun hujan sejak petang semalam.


YB Rasman berkata para sukarelawan beliau telah bersiap sedia untuk membantu penduduk felda sekiranya air banjir mula naik.


Beliau berpesan kepada anak-anak felda yang juga merupakan penerima geran hak milik agar sentiasa menjaga rumah-rumah felda untuk tatapan anak cucu akan datang.

Beliau juga masih mencari dan menunggu tarikh dan waktu yang sesuai untuk sesi penyampaian geran kepada warga felda lain di dalam ADUN Sedeli.