• newsatmy

Gerakan lancar pemukiman susun strategi hadapi PRU15.

14 mac 2021

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai melancarkan pemukiman parti itu pada Sabtu untuk membincangkan strategi yang akan digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


Beliau berkata, ia juga diadakan bagi mendapatkan kepercayaan pengundi dan rakyat Malaysia sekali gus mengembalikan zaman kegemilangan parti itu yang ditubuhkan sejak 1968.


“Retreat dua hari yang bermula hari ini (Sabtu) penting bagi Gerakan sebagai persediaan menghadapi PRU15,” katanya kepada pemberita selepas merasmikannya di Dewan Pulau Pinang, Menara PGRM di sini pada Sabtu.


Pemukiman itu membabitkan penyertaan 130 perwakilan daripada Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC), Pemuda, Wanita dan peringkat negeri dijalankan secara bersemuka dengan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan pandemik Covid-19.


Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 2018, Gerakan gagal memenangi sebarang kerusi yang ditandingi di 22 kerusi Parlimen dan 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).


- Bernama


Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by EPS Digital Tech Sdn Bhd.