top of page
  • newsatmy

GKP Tambahan: Kemas kini akaun bank jika status 'Gagal Kredit'

6 Mei 2021

KUALA LUMPUR: Penerima Geran Khas Prihatin (GKP) yang masih belum menerima bayaran GKP Tambahan di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) disaran menyemak status pembayaran.


Bahagian Komunikasi, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan semakan boleh dibuat melalui melalui Portal GKP di pautan https://gkp.hasil.gov.my.


Bagi penerima GKP yang berstatus 'Gagal Kredit', mereka dikehendaki mengemas kini maklumat akaun bank masing-masing dengan segera supaya urusan pembayaran semula dapat dilakukan.


Menurut kenyataan itu, urusan kemas kini maklumat akaun bank boleh dibuat mulai hari ini hingga 19 Mei ini.


"Penerima GKP perlu memastikan akaun bank yang dikemas kini adalah aktif dan menggunakan nombor akaun simpanan peribadi atau nombor akaun semasa peribadi.


"Penggunaan selain daripada jenis akaun bank seperti yang dimaklumkan tidak akan diterima," demikian menurut kenyataan itu.


Kenyataan itu juga memaklumkan penerima digalakkan membuka akaun bank baharu (Akaun Bank Simpanan peribadi penerima GKP) dan mengemas kini di portal GKP menggunakan nombor akaun baharu berkenaan bagi mengelakkan masalah gagal kredit berulang.


Tarikh pembayaran semula GKP Tambahan (PERMAI) ke akaun bank yang telah dikemas kini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, kata kenyataan itu.


Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi LHDN menerusi pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

-Astro Awani

bottom of page